Dunia semakin runtuh
Mencari perlindungan dibawah langit
Terus berharap dan berdoa
Tiada siapa yang dapat menyelamatkan
Ratapan kini tidak berjawab
Kebencian membusuk kian bernanah
Dunia semakin runtuh
Tiada lagi pedoman tradisi
Tiada dalam daging dan darah
Jalani kehidupan dalam ketakutan
Jalani hidup dalam bayang-bayang
Bagaimana cara membuka mata
Setiap perkataan hanya satu pembaziran
Hanya jatuh pada telinga yang pekak
Tangisan berlalu tiada jawapan
Bebaskan fikiran
Hilangkan keraguan
percaya pada diri
Malam yang gelap diteragi rembulan
Siang yang terik di teduhi awan
Mudahan..,
20 November 2017
22 February 2017
Buta perut
Salam.., hai apa kabo korang. Aku pulak macam ni la, kemalasan yang makin membuak²., hahaha.,
Pernah tak korang rasa serabut ngan orang² sekeliling korang., tak kisah la kat tempt kerja ker., classroom ker or ngan sapa² jer la.
Kadang² tu kita jer yg kena paham dan tahu susah orang., tapi takda sapa pun nk paham dan amik tau susah kita., pernah tak bnda macam ni jadi kat korang., Kalau tak pernah tu maknanya korang memang bapak tasawuf la kn., huhu ☺
19 December 2016
Melayu...,
Bekerja malas, memimpin culas;
Bersusah malu, berpahit tak mau;
Berbual menjual, menolong sombong;
Berjalan melendan, berdiri mengeji;
Berjanji ingkar, bersumpah mungkar;
Duduk mengutuk, tegak membengak;
Berbudi mencaci, bersedekah mencerca..,
salin & tampal dari FB... ;P
13 October 2016
Saja nak kongsi
Salam., hai apa khabar korang, harap² sihat la yer. Aku ada benda nak kongsi ni, jangan risau aku bukan nak syer dosa dengan korang, tapi kalau korang mengata aku korang la yang berdosa. kekeke
Baru² ni wife aku ada buat posting kat facebook, yang menjawab beberapa simple question tentang aku. So kat bawah ni ada aku kongsikn posting tu. Korang layan jer la jaga hati aku.
Baru² ni wife aku ada buat posting kat facebook, yang menjawab beberapa simple question tentang aku. So kat bawah ni ada aku kongsikn posting tu. Korang layan jer la jaga hati aku.
14 July 2016
Masih sempat
Beruntunglah seseorang yg diberi peluang untuk beribadah kepada Allah. Risau lah kita jika tidak diberi peluang dan kesempatan mengingatiNya, meskipun hanya dengan lafaz tasbih, tahmid dan takbir. Ditakuti pada ketika itu kita telah disibukkan dengan hal² dunia kerana Allah tidak mahu kepada kita mengingatiNya dan kita sedang dijauhkan dari rahmatNya.,
p/s : lama nya la aku tak update blog ni, nak buat macam mana kan busy+malas., tapi takda sapa perasan dan kisah pun kan., huhu..., ok la, selamat hari raya, maaf zahir batin, err sempat lagi kot, syawal kan sebulan., hehe.,
Subscribe to:
Posts (Atom)


