15 December 2014

life is about making choices


Bak kata orang kampung aku, "life is about making choices". So aper yg kita dpat skang adlah hasil dari masa lalu kita. err paham kan., ari ni aku nk sharing one story ngan korang yg ader kaitannya ngan ayat yg kat ats tu., so korang layan jerla yer.,

Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri, mereka menyara kehidupan dengan bertani dan menternak. Pada suatu hari si isteri mengadu pada si suami akan masalah tikus dirumah mereka. Ringkas kata mereka pun mula meletakan perangkap untuk menghalang dan menangkap tikus.

Disebabkan perangkap yg telah dipasang, si tikus pun mula mengeluh kerisauan kerana tidak dapat keluar mencari makanan, lalu si tikus keluar mencari ayam untuk mendapatkan nasihat. Tapi malang bagi si tikus kerana ayam hanya menjawab "itu bukan masalah aku".

Kemudian si tikus bejumpa kambing, namun kecewa juga dengan jawapan kambing yg berkata "not my problem". Selepas itu si tikus pergi bejumpa dengan lembu dengan penuh harapan, tapi apakan daya nasib tidak menyebelahinya, lembu pun tidak dapat membantunya. Dengan itu pulanglah si tikus dengan kekecewaan.

Pada malam itu tiba² si isteri tuan rumah terdengar bunyi sesuatu telah mngenai perngkap yg mereka pasang. Pergilah si isteri untuk melihat, sedang si isteri cuba mngeluarkan perangkap dibawah almari tiba² tangannya telah digigit sesuatu, rupanya ular tedung telah terkena perangkap itu dan telah mematuk tangan si isteri.

Dipendikan cerita, bergegaslah si suami kerumah jiran untuk meminta petolongan. Oleh kerana tidak ada kenderaan untuk dibawa ke hospital, si jiran mnyarankan si suami membuat sup ayam dan bagi pada isterinya makan. Maka disembelih la ayam yg ada dirumahnya dan dibuat sup lalu dibagi isterinya makan. Tapi masih juga tidak berhasil dn si suami pergi mndapatkan jiranya untuk nasihat, kemudian si jiran menyuruh si suami untuk bagi isterinya makan daging kambing. Apa lagi disembelih kambing dan dibagi isterinya makan, dengan penuh berselera si isteri makan.

Keesokan harinya si isteri meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi, mungkin kerana terlebih makan kambing. Selesailah si isteri di kebumikan. Petangnya si suami behajat untuk membuat makan² dan tahlil lalu disembelih lah lembu untuk dibuat jamuan.. habisss.., 

kesimpulannya.., errrr pandai² korang la nk buat kesimpulan sendiri., sbb aku pun da serabut nk paham nih., hahaha., ok bye..,

p/s : motif cerita ni ada pada tikus, ayam, kambing dan lembu, so pandai2 la korang., kekeke

18 comments:

  1. kesimpulannya...errr.. tersimpul..hehehe

    ReplyDelete
  2. aku paham motif citer ni. aku paham. hehehe...

    ReplyDelete
  3. As'salam..

    err..apa jadi dgn tikus tu ea...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.,
      hmm., tu la., ptutnya yng mati dalam citer nih tikus kan., tp alih2 ayam, kambing ngan lembu plak yg jadi korban., tul la sombong sngat xnk tolong tikus., huhuhu

      Delete
    2. ha?smbong tu satu hal..nak tau jgk pe jdi ngn tikus tu..?? hahahahaha ;p

      Delete
  4. Tikus tu tak boleh buat pilihan sendiri sama ada nak duduk dalam bahaya atau keluar je gi rumah lain,dan terlalu bergantung pada orang lain.Tuan rumah tu pula,mungkin buat pilihan yang tepat tapi nasib tak selalu menyebelahi...ada sesuatu yang tak dirancang mungkin terjadi tapi sesuatu keputusan tu tetap harus dibuat dengan tetili.Kambing,lembu dan ayam pula menunjukkan mentaliti orang yang pentingkan diri

    ReplyDelete
  5. Kepedulian atas kesusahan orang lain memang harus ditumbuhkan. Kita tidak tahu kapan kita akan kena masalah juga.

    ReplyDelete
  6. mlm sikit nk kaji kesimpulannya..hahaha..ni mesti ada maksud tersirat nih..

    ReplyDelete
  7. Penuh humour...Aduhai, dah tak tahu mana subjek mana predikat, dah...well done, Alhamdulillah.:-)

    ReplyDelete
  8. adooiiii bro...xcited baca sampai habis last skali kene konklusi sndiri..apa daaaaa...pening arrr...heheheeh

    ReplyDelete
  9. Weyhhh pening ar mak nak pikir di hari hari petang gini dahlah panas, mengantuk pulak tu huhu....
    Tak payah ada kesimpulan pun oklah hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site