04 August 2014

Selamat pagi


Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang & malam awak doakan saya xselamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! xpernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang & penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa & keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama², duduk! Dengar sini baik². Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang p'kataan b'lawan. Bila cikgu sebutkan p'kataannya, kamu semua mesti jawab dgn cepat, lawan bagi p'kataan² itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya xmahu ada apa² gangguan.
Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan p'tanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Cikgu xkata KeADILan betul!

Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

p/s : selamat hari raya maaf zahir batin, xmau gaduh², kosong² la yer

6 comments:

  1. salam. hahahahha..kelakar pulak sy baca :D

    ReplyDelete
  2. Haha...itu makannya cikgu yang kerek macam tu...:)

    ReplyDelete
  3. HAhahaha.. boleh pulak camtu.. haha :D

    ReplyDelete
  4. Hahahaha, guling0guling saya Kwakakakaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site