11 June 2014

Patun burung perepat


Aku percaya korang pun pernah dengarkan pantun burung perepat ni, err korng kan lg hebat dari aku., pantun ni kita leh dengar dlm rncangan Cinta Ilmu slot Akidah dan Falsafah oleh ustaz badli shah kat tv al-hijrah (aku bkn nk promot tv al-hijrah la., dorng xbyar pe2 pun kt aku, sajer jer nk bgatu korng xrugi pun klu lyan rncangan2 cm nih)., ader bnyak lg pntunnya tp nih jer yg aku smpat amik.., jom layan dan insafkn diri.,

Apa tanda burung perepat,
penjang sayap mengibas-ngibas;
Apa tanda kiamat dekat,
nafsu syahwat sesuka lepas

Apa tanda burung perepat,
di atas batu dipatuk helang;
Apa tanda kiamat dekat,
perempuan berbaju seperti telanjang

Apa tanda burung perepat,
tinggi terbang berkelebat;
Apa tanda kiamat dekat,
gadis-bujang berapat-rapat

Apa tanda burung perepat,
di atas dahan panjang bermenung;
Apa tanda kiamat dekat,
gadis berjalan berbaju tanggung

Apa tanda burung perepat,
mematuk bunga saban senja;
Apa tanda kiamat dekat;
memegang agama laksana bara

Apa tanda burung perepat,
memakan gambir sarang berangin;
Apa tanda kiamat dekat,
orang pandir diangkat pemimpin

Apa tanda burung perepat,
jalan berjinjit disela-sela;
Apa tanda kiamat dekat,
membangun masjid berbangga-bangga

Apa tanda burung perepat,
dua-tiga main di sawah;
Apa tanda kiamat dekat, 
wanita-pria tak sepadan jumlah

Apa tanda burung perepat,
terbang rendah hinggap di para;
Apa tanda kiamat dekat,
terbit fitnah dimana-mana

Apa tanda burung perepat,
bulu bergidik dipatuk angsa;
Apa tanda kiamat dekat,
orang fasik meraja-lela

Apa tanda burung perepat,
di dalam semak meremang bulu;
Apa tanda kiamat dekat,
durhaka anak kepada ibu

Apa tanda burung perepat,
di atas batu jalan melonjak;
Apa tanda kiamat dekat,
bertuan ibu kepada anak

Apa tanda burung perepat,
mendedah bunga dimana-mana;
Apa tanda kiamat dekat,
orang berzina dimana suka

44 comments:

  1. wah berpantun pantun pula...hihiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesaje jer., xtau nk post per., berpantun la plak., hehehe

      Delete
  2. baru first time dengar pantun ni, macam mana rupa burung perepat tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tah aku pun xtau rupe burung tu cmner., kekeke

      Delete
  3. Tak pernah dengarlah weyh......nape pulak burung perepat yek...

    ReplyDelete
  4. burung perepat tu burung apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.. tu la dia., aku pun xtau burung pe., kita pakat tnye google je la yer., huhu

      Delete
  5. first time dengar burung perepat.

    jemput singgah ke blogshop kami.
    blouse dan maxi dress yang cantik dan murah.
    turut menjual perfume tester original.

    ReplyDelete
  6. Allahhuakhbar... semua dah ditunjukkan... walaupun dalam pantun masih memberikan kesedaran... terima kasih kerana tolong ingatkan... aminnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site