05 March 2014

luka' ibnu luka'


bawa kendi pergi berjagal
jual bersama labu dan guri
akal budi pemimpin bebal
hancur binasa anak negeri

apa tanda pemimpin bebal
sampai tua tak menyorong akal
apa tanda pemimpin bebal
tak tahu beza nangka dan temabal

tumbuk sambal campur temabal
lauk dimasak dalam belanga
pemimpin bebal jangan ditabal
kelak rosak budaya bangsa

tanda pemimpin dungu dan bebal
dada kosong akal sejengkal
cakap tidak berhujung pangkal
memimpin bagai kehilanagn akal
diberi nasihat telingnya tebal
rakyat sengsara negeri tertinggal
dijadikan pemimpin pasti menyesal

pssstttt : erm pemimpin kita sekarang macamana yer., huhu

8 comments:

  1. Ni perkara sensitip ni Zuhdi....hoho

    ReplyDelete
  2. adoiii KA..tak reti nak komen ni :)

    ReplyDelete
  3. Berkunjung balas sini..
    Wah zhudi berpantun kali ni :)

    ReplyDelete
  4. salam...
    bmadah psl pmimpin plak..
    ni yaya xreti nk komen..lau kate 'no komen' bleh.. ^,^

    ReplyDelete
  5. hahaha., bak kata ustaz harryanto kt tv alhijrah tu., btenang.., tenang semua., hehe

    ReplyDelete
  6. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site