28 September 2012

Man Jadda Wa Jada


Mantap tak aku punya title hari nih., haha., 'siapa berusaha dia bejaya' lebih kurang macamtu la maksudnya., Ayat nih kalau diterapkan sebagai pegangan dan perinsip untuk berjaya lagi mantap.

Jangan tapi², jangan banyak dalih, kurangkan komplen, buat dulu baru tau. Ni belum buat lagi, dah macam² alasan dia bagi, dia punya 'tapi' pulak boleh buat karangan, tu belum kira dia punya komplen pulak.., silap² menteri boleh letak jawatan. hahaha..,

Korang pernah tak dengar cerita pasal sorang lelaki yang mintak kerja sebagai kerani tapi tak berjaya sebab dia tak pandai menggunakan komputer.., hahaha.., jom layan.., macam nih ceritanya..,

Nak jadi cerita ada la sorang lelaki yang bernama mamat tinggal disebuah pekan yang agak maju. Mamat nih pergi la inteview kat sebuah syarikat komunikasi sebagai kerani. Pegawai yang inteview dia tu pun minta dia perkenalkan diri, mamat ni pun bercerita la dengan penuh confident nye.

Di pendekan cerita mamat nih tak berjaya sebab dia takder Emel dan tak pandai guna komputer. Mamat berasa sangat kecewa dan melangkah balik kerumah. Sampai disebuah paya mamat ternampak kangkung menjalar dan mendapat idea untuk menjual kangkung tu. Mamat pun menjual kangkung tu dari pintu ke pintu, tak smpai 2jam habis dijual.

Sejak hari tu mamat pelbagaikan sayuran nya, ada yang di tanam sendiri ada gak dia beli kat market jer. Dari berjalan kaki ke basikal then beli motor, lama² dia berjaya buka supermarket sendiri.

Oleh kerana dah terlampau kaya dan eset nya yang juta² mamat terfikir untuk ambil insuran. Dipanggilnya penjual insuran dtg kepejabatnya. Setelah bersetuju, Penjual insuran berkata “Minta email Encik...”

“Oh, maaf saya takder Emel, komputer pun saya tak pandai guna” jawab mamat

Penjual insuran terkejut dan berkata “Aneh, Encik mempunyai perniagaan yg besar, tapi takder Emel dan tak tahu guna komputer, bayangkan apa yg Encik boleh lakukan dengan semua itu.”

Sambil menundukan kepala mamat berkata "ya, jika saya memiliki semua itu sudah pasti sekarang saya seorang kerani di sebuah syarikat komunikasi."

Hahaha., amacam story nih bes tak.., kekeke, moral of the story nye jngan la mudah putus asa. Setiap pekara mesti ada sebabnya. Rajin berusaha pasti berjaya.., :)

2 comments:

  1. yeahh betol tu. jangan anggap orang yang tak belajar tinggi tubodoh. masing-masing ada kebaikan. Allah tahu yang terbaik untuk hamba dia. Jadi kita tak perlu pandang serong pada mereka-mereka yang lain. Nice entry btw :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site