03 September 2012

Kumpulan besar berdemo di Raub


Ribuan orang sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.


Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula kira-kira pada jam 2.15 petang.


Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali peng Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd.


Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mahkamah.

Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang milo. Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.


Dalam pengumuman menyuraikan peserta pada jam 4.33 tadi, penganjur bagaimanapun menyuarakan kekesalan mereka terhadap Raub Australia Gold Mining yang didakwa hanya menghantar dua kakitangan junior untuk menerima nota bantahan penduduk.



Mereka juga menyerahkan salinan dokmen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu.


1 comment:

  1. jangan jadi mcm kat sabah...di ranau dulu ada lombong emas...apa yang terjadi kepada kawasan sekitarnya...pencemaran alam...sawah2 yang tidak dapat diusahakan lagi...sungai yg dulu airnya jernih...sekarang keperangan...

    yang pasti pencemaran alam memang tidak dapat dielakkan bila ada perlombongan emas...itulah hakikatnya dimana-mana jua...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site