Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

18 September 2019

Nilaikan..,

جاڠن دنيلاي دري سياڤا يڠ مڽمڤأيكنڽ
جك ساله اي تتڤ ساله
والاوڤون داتڠڽ دري بيبير سأورڠ يڠ عاليم

دڠرله اڤ يڠ دسمڤأيكن دان امبيل ايسيڽ
والاوڤون داتڠڽ دري بيبير سأورڠ يڠ كورڠ عقلڽ
كران يڠ حق اكن سنتياس مڠاتسي يڠ باطل

22 November 2018

Siapalah Kita


Adanya kita, dilahirkan,
Nama kita, diberikan,
Pandai kita, diajarkan,
Mati kita, dimandikan,
Jenazah kita, dikuburkan.

p/s : hidup mendongak langit hingga lupa tempat kembali.,

27 July 2018

Syukur...

BUKAN BAHAGIA YANG MENJADIKAN KITA BERSYUKUR
TETAPI DENGAN BERSYUKUR AKAN MENJADIKAN HIDUP KITA BAHAGIA

p/s : assalamualaikum., semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang bersyukur., amin..,

13 February 2018

Ubati Hati

Belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan dan bersangka baik. Insyaallah! Hati kita akan bertambah lapang dan tenang. Amin...

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci. Amin...

Sekiranya kita hanya melihat keburukan. Percayalah ia merupakan cerminan untuk diri kita..! Kerana dari hati yang gelap akan lahirnya pekara buruk. Dari hati yang bersih akan lahir pekara yang baik.

22 February 2017

Buta perut

Salam.., hai apa kabo korang. Aku pulak macam ni la, kemalasan yang makin membuak²., hahaha., 

Pernah tak korang rasa serabut ngan orang² sekeliling korang., tak kisah la kat tempt kerja ker., classroom ker or ngan sapa² jer la.

Kadang² tu kita jer yg kena paham dan tahu susah orang., tapi takda sapa pun nk paham dan amik tau susah kita., pernah tak bnda macam ni jadi kat korang., Kalau tak pernah tu maknanya korang memang bapak tasawuf la kn., huhu

19 December 2016

Melayu...,

Bekerja malas, memimpin culas;
Bersusah malu, berpahit tak mau;
Berbual menjual, menolong sombong;
Berjalan melendan, berdiri mengeji;
Berjanji ingkar, bersumpah mungkar;
Duduk mengutuk, tegak membengak;
Berbudi mencaci, bersedekah mencerca..,

salin & tampal dari FB... ;P

14 July 2016

Masih sempat

Beruntunglah seseorang yg diberi peluang untuk beribadah kepada Allah. Risau lah kita jika tidak diberi peluang dan kesempatan mengingatiNya, meskipun hanya dengan lafaz tasbih, tahmid dan takbir. Ditakuti pada ketika itu kita telah disibukkan dengan hal² dunia kerana Allah tidak mahu kepada kita mengingatiNya dan kita sedang dijauhkan dari rahmatNya.,

p/s : lama nya la aku tak update blog ni, nak buat macam mana kan busy+malas., tapi takda sapa perasan dan kisah pun kan., huhu..., ok la, selamat hari raya, maaf zahir batin, err sempat lagi kot, syawal kan sebulan., hehe.,

12 April 2016

Kalau lupa...

Lupa hidup akan mati
Lupa harta akan pergi
Lupa musim akan berganti
Lupa ilmu lupa diri...,

psssstt., korang sihat ker., cuaca skang panas sangat kan., macam² penyakit bleh singgah., so pandai² la korang jaga kesihatan yer., ok la., causinciii.., jgn jadi orng yang lupa yer., huhuhu., 

11 March 2016

Kisah Malam Jumaat

Amboi korang.., mentang² tajuk malam jumaat, laju jer korang masuk kan., tp tak semua baca ni sebab tajuk tu jer kan., aku tau korang kat sini bagus²., bukan jenis otak kuning., huhu

10 February 2016

Hamba duit

Zaman ini zaman duit, tak ada duit kita tersepit, tapi ingat kawan², jangan sampai jadi hamba duit, jadi kita tuan kepada duit.,

Jika kita menjadi tuan, kita bebas berkuasa, bebas berbuat apa saja, bebas untuk bersedekah, bebas tanpa rasa kedekut., Yang sedikit dirasakan banyak, yang banyak diagih² kan.,

Jika kita menjadi hamba duit.., hmmm., kesian., silap² diri sendiri pun tak merasa.,

haa.., tunggu apa lagi., banyak² la bersedekah., kalau tak tau nak sedekah kat siapa.., dengan hati yg redho dan terbuka, sedekah jer duit korang kat aku., haha boleh kn., ala tak luak pun harta korang., kekeke =)

13 January 2016

errr., ape tajuk pun boleh.,

Assalamualaikum.,

huii., ape kabo korang., malas betul aku nk update blog skang., ni pun aku gagahkan jugak, biarlah merepek pun dari blog ni terbiar.,

Ni aku nk bleter sikit., kepada kawan² aku yg suka pos perkara agama teruskan & jgn malu, tapi betulkan niat kita untuk berdakwah., jgn bertujuan untuk mndpatkan LIKE atau ingin dilihat orang yg alim atau sebagainya., 

21 September 2015

Semasa..,

Assalamualaikum., hai korang., apa yg korang akan baca ni sekadar pandangan aku sebagai insan yg sgt syang kpd malaysia, serta tak mau anasir busuk menganggu negara ini.

Walaupun ada yang mengatakan cina banyak mendatangkan masalah kpd orang melayu khususnya kpada Islam, namun kita kena ingat bahawasanya Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio.

25 May 2015

Pantun dua kerat

Buat perabot kerusi meja
Kepala serabut duduk saja

haaa., tu dia pantun dua kerat dari aku sebagai introduction aku kali nih., pantun tu nk bagitau yg aku tengah takda kerja skang nih., bos gi shopping kt beijing, so aku la bos tuk seminggu nih., hahaha.,

15 May 2015

Viral

Lek la korang, aku bukan nk jadi pakar bahasa atau nk terjemahkan perkataan viral tu., maksud viral pun aku tak tau., bleh jer klu nk tnya haji google tu, tp tu la di bila malas., mmg takder la kan. Viral aku tak tau, tp klu virus aku tau la., haha., aku rasa viral ngan virus ni lbih kurang jer kot, sbb dua² merebak. Bunyi nya pun da dekat nk sama yer tak., hahaha

27 April 2015

Untitle #4

Berlabuh pada yang tak senonoh
Berhenti pada yang keji.

Bergantung pada yang serong
Berpijak pada yang merosak
Bersandar pada yang ingkar
Berumah pada yang salah.

Aniaya kepada saudara
Khianat kepada sahabat
Derhaka ke orang tua
Menghina pada yang muda
Mencerca sama sebaya...

29 January 2015

pat pat siku lipat


2-3ari lepas aku buat blogwalking singgah 1 blog ni citer pasal petua orng mlyu kita., petua apa aku dah tak ingat tp mmg kelaut la petua tu., leh jatuh kurafat tu., ati² la nk beramal pun., aku ckp jer., klu nk lg soheh dalam setiap petua², ada baiknya korang amik tau gak sikit pasal putua² tu dan tanyalah orng yg lbih alim., jgn main ikut jer., hehehe

31 December 2014

Akhirulkalam.., 2014


Assalamualaikum., err sebnarnya aku nk tulis pasal banjir kt pantai timur, tp tu la aku tak tau nk tulis apa. Hope sahabat kita yg terlibat ngan banjir taun nih kuatkan semangat.

24 November 2014

Oh My English ii


Beginilah akibatnya bila istilah² Komputer di melayukan. 

Istilah 
Hardware: barang keras / Software: barang lembut / Joystick: batang bahagia / Plug and Play: cucuk dan main / Port: lubang / Server: pelayan / Client: pelanggan 

Contoh ayat : "That server gives a plug & play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client." 

30 October 2014

Pesan Nenek Moyang


Jika kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya agar tidak menyakitkan mindamu....

Jika kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat melegakan kesedihanmu.... 

Jika kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada lagi rasa kebencian itu.... 

Jika kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah sepuas-puas hatimu.... 

14 October 2014

Pesanan untuk diri


                                                                foto dari google
Aku adalah rumah yg asing bagi kamu
Dan aku adalah rumah daripada tanah
Aku juga adalah rumah yg sngat sedih dan sunyi
Aku merupakan tempat sarangnya cacing dan ulat²
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site