Showing posts with label public figure. Show all posts
Showing posts with label public figure. Show all posts

04 August 2015

Cari Ganti

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir Berlian disunyai hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua

Anak singa di Pulau Terberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengudur diri

Pergi mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

*** Dr. MAZA ***

11 August 2014

Itulah namanya...


Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; kuat kamu berusaha,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; itu berkat bekerja, 
Jika kamu berumah mewah, aku kata; untuk tamu yang melimpah.

Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; duit orang kamu lanyak,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; kamu mengada-ada,
Jika kamu berumah mewah, aku kata; itu duit rasuah.

11 June 2014

Patun burung perepat


Aku percaya korang pun pernah dengarkan pantun burung perepat ni, err korng kan lg hebat dari aku., pantun ni kita leh dengar dlm rncangan Cinta Ilmu slot Akidah dan Falsafah oleh ustaz badli shah kat tv al-hijrah (aku bkn nk promot tv al-hijrah la., dorng xbyar pe2 pun kt aku, sajer jer nk bgatu korng xrugi pun klu lyan rncangan2 cm nih)., ader bnyak lg pntunnya tp nih jer yg aku smpat amik.., jom layan dan insafkn diri.,

21 September 2012

20 September 2012

Antara Selebriti Wanita Yang Berhijrah


    1. Abby Abadi
    2. Catriona Ross
    3. Diana Amir
    4. Irma HAsmie
    5. linda hashim
    6. Liza Hanim
    7. Natasha Hudson
    8. Noryn Aziz
    9. Raja Farah
    10. Sharifah Aleya
    11. Sharifah Sofea
    12. Shila Amzah
    13. Siti Fazurina
    14. Siti Nordiana
    15. Wardina
    16. Yatt hamzah

29 August 2012

Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site