Showing posts with label expression. Show all posts
Showing posts with label expression. Show all posts

18 September 2019

Nilaikan..,

جاڠن دنيلاي دري سياڤا يڠ مڽمڤأيكنڽ
جك ساله اي تتڤ ساله
والاوڤون داتڠڽ دري بيبير سأورڠ يڠ عاليم

دڠرله اڤ يڠ دسمڤأيكن دان امبيل ايسيڽ
والاوڤون داتڠڽ دري بيبير سأورڠ يڠ كورڠ عقلڽ
كران يڠ حق اكن سنتياس مڠاتسي يڠ باطل

22 November 2018

Siapalah Kita


Adanya kita, dilahirkan,
Nama kita, diberikan,
Pandai kita, diajarkan,
Mati kita, dimandikan,
Jenazah kita, dikuburkan.

p/s : hidup mendongak langit hingga lupa tempat kembali.,

27 July 2018

Syukur...

BUKAN BAHAGIA YANG MENJADIKAN KITA BERSYUKUR
TETAPI DENGAN BERSYUKUR AKAN MENJADIKAN HIDUP KITA BAHAGIA

p/s : assalamualaikum., semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang bersyukur., amin..,

13 February 2018

Ubati Hati

Belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan dan bersangka baik. Insyaallah! Hati kita akan bertambah lapang dan tenang. Amin...

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci. Amin...

Sekiranya kita hanya melihat keburukan. Percayalah ia merupakan cerminan untuk diri kita..! Kerana dari hati yang gelap akan lahirnya pekara buruk. Dari hati yang bersih akan lahir pekara yang baik.

20 November 2017

Terasing..,

Dunia semakin runtuh
Mencari perlindungan dibawah langit
Terus berharap dan berdoa
Tiada siapa yang dapat menyelamatkan
Ratapan kini tidak berjawab
Kebencian membusuk kian bernanah

Dunia semakin runtuh
Tiada lagi pedoman tradisi
Tiada dalam daging dan darah
Jalani kehidupan dalam ketakutan
Jalani hidup dalam bayang-bayang
Bagaimana cara membuka mata

Setiap perkataan hanya satu pembaziran
Hanya jatuh pada telinga yang pekak
Tangisan berlalu tiada jawapan

Bebaskan fikiran
Hilangkan keraguan
percaya pada diri
Malam yang gelap diteragi rembulan
Siang yang terik di teduhi awan
Mudahan..,

22 February 2017

Buta perut

Salam.., hai apa kabo korang. Aku pulak macam ni la, kemalasan yang makin membuak²., hahaha., 

Pernah tak korang rasa serabut ngan orang² sekeliling korang., tak kisah la kat tempt kerja ker., classroom ker or ngan sapa² jer la.

Kadang² tu kita jer yg kena paham dan tahu susah orang., tapi takda sapa pun nk paham dan amik tau susah kita., pernah tak bnda macam ni jadi kat korang., Kalau tak pernah tu maknanya korang memang bapak tasawuf la kn., huhu

19 December 2016

Melayu...,

Bekerja malas, memimpin culas;
Bersusah malu, berpahit tak mau;
Berbual menjual, menolong sombong;
Berjalan melendan, berdiri mengeji;
Berjanji ingkar, bersumpah mungkar;
Duduk mengutuk, tegak membengak;
Berbudi mencaci, bersedekah mencerca..,

salin & tampal dari FB... ;P

13 October 2016

Saja nak kongsi

Salam., hai apa khabar korang, harap² sihat la yer. Aku ada benda nak kongsi ni, jangan risau aku bukan nak syer dosa dengan korang, tapi kalau korang mengata aku korang la yang berdosa. kekeke

Baru² ni wife aku ada buat posting kat facebook, yang menjawab beberapa simple question tentang aku. So kat bawah ni ada aku kongsikn posting tu. Korang layan jer la jaga hati aku.

14 July 2016

Masih sempat

Beruntunglah seseorang yg diberi peluang untuk beribadah kepada Allah. Risau lah kita jika tidak diberi peluang dan kesempatan mengingatiNya, meskipun hanya dengan lafaz tasbih, tahmid dan takbir. Ditakuti pada ketika itu kita telah disibukkan dengan hal² dunia kerana Allah tidak mahu kepada kita mengingatiNya dan kita sedang dijauhkan dari rahmatNya.,

p/s : lama nya la aku tak update blog ni, nak buat macam mana kan busy+malas., tapi takda sapa perasan dan kisah pun kan., huhu..., ok la, selamat hari raya, maaf zahir batin, err sempat lagi kot, syawal kan sebulan., hehe.,

12 April 2016

Kalau lupa...

Lupa hidup akan mati
Lupa harta akan pergi
Lupa musim akan berganti
Lupa ilmu lupa diri...,

psssstt., korang sihat ker., cuaca skang panas sangat kan., macam² penyakit bleh singgah., so pandai² la korang jaga kesihatan yer., ok la., causinciii.., jgn jadi orng yang lupa yer., huhuhu., 

11 March 2016

Kisah Malam Jumaat

Amboi korang.., mentang² tajuk malam jumaat, laju jer korang masuk kan., tp tak semua baca ni sebab tajuk tu jer kan., aku tau korang kat sini bagus²., bukan jenis otak kuning., huhu

10 February 2016

Hamba duit

Zaman ini zaman duit, tak ada duit kita tersepit, tapi ingat kawan², jangan sampai jadi hamba duit, jadi kita tuan kepada duit.,

Jika kita menjadi tuan, kita bebas berkuasa, bebas berbuat apa saja, bebas untuk bersedekah, bebas tanpa rasa kedekut., Yang sedikit dirasakan banyak, yang banyak diagih² kan.,

Jika kita menjadi hamba duit.., hmmm., kesian., silap² diri sendiri pun tak merasa.,

haa.., tunggu apa lagi., banyak² la bersedekah., kalau tak tau nak sedekah kat siapa.., dengan hati yg redho dan terbuka, sedekah jer duit korang kat aku., haha boleh kn., ala tak luak pun harta korang., kekeke =)

13 January 2016

errr., ape tajuk pun boleh.,

Assalamualaikum.,

huii., ape kabo korang., malas betul aku nk update blog skang., ni pun aku gagahkan jugak, biarlah merepek pun dari blog ni terbiar.,

Ni aku nk bleter sikit., kepada kawan² aku yg suka pos perkara agama teruskan & jgn malu, tapi betulkan niat kita untuk berdakwah., jgn bertujuan untuk mndpatkan LIKE atau ingin dilihat orang yg alim atau sebagainya., 

24 November 2015

Permudahkan

Bebaskan diri
Ketepikan perbezaan
Memperbaiki lubang-lubang di dalam hati
Didik diri bagaimana untuk merasai

Setelah berulang kali
Bagaikan tidak dapat dikalahkan
Sehingga benar-benar takut dengan kegagalan
Tanpa disedari terus kehilangan

Untuk apa hidup ini
Hanya mati disetiap hari
Atau mencari sesuatu yang lebih
Akan terus menilai diri

Pandangan semakin jelas
Akhirnya dapat melihat dunia untuk apa
Dengan hati yang penuh dengan harapan
Dengan hari tanpa air mata

-zuhdisanusi-

p/s : errr korang jgn tanya., sbb aku sndiri pun tak paham., waaaakakakaka., 

21 September 2015

Semasa..,

Assalamualaikum., hai korang., apa yg korang akan baca ni sekadar pandangan aku sebagai insan yg sgt syang kpd malaysia, serta tak mau anasir busuk menganggu negara ini.

Walaupun ada yang mengatakan cina banyak mendatangkan masalah kpd orang melayu khususnya kpada Islam, namun kita kena ingat bahawasanya Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio.

02 September 2015

Tukang Karut

Perang yang mereka bawa sangat busuk dan hamis baunya, pihak terbabit terus mangaut keuntungan dengan menangguk di air keruh, yang kita dapat hanya sehelai kemeja-t. Mengapa dan perlukah kisah Pak Belang luka diputarbelit untuk meraih simpati. Kaum dipijak dengan alasan darurat. Nasib badan.., mereka terus mencaturi demi poket sendiri, apa yang kita dapat selain bekas tapak kasut di dahi.

04 August 2015

Cari Ganti

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir Berlian disunyai hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua

Anak singa di Pulau Terberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengudur diri

Pergi mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

*** Dr. MAZA ***

04 June 2015

Dalam hati ada taman


errr.,

hmmmm.,

ishhhhh..,

errrr.., aku amik foto tu dr haji google.,

sekian., hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site