Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

13 February 2018

Ubati Hati

Belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan dan bersangka baik. Insyaallah! Hati kita akan bertambah lapang dan tenang. Amin...

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci. Amin...

Sekiranya kita hanya melihat keburukan. Percayalah ia merupakan cerminan untuk diri kita..! Kerana dari hati yang gelap akan lahirnya pekara buruk. Dari hati yang bersih akan lahir pekara yang baik.

21 September 2015

Semasa..,

Assalamualaikum., hai korang., apa yg korang akan baca ni sekadar pandangan aku sebagai insan yg sgt syang kpd malaysia, serta tak mau anasir busuk menganggu negara ini.

Walaupun ada yang mengatakan cina banyak mendatangkan masalah kpd orang melayu khususnya kpada Islam, namun kita kena ingat bahawasanya Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio.

02 September 2015

Tukang Karut

Perang yang mereka bawa sangat busuk dan hamis baunya, pihak terbabit terus mangaut keuntungan dengan menangguk di air keruh, yang kita dapat hanya sehelai kemeja-t. Mengapa dan perlukah kisah Pak Belang luka diputarbelit untuk meraih simpati. Kaum dipijak dengan alasan darurat. Nasib badan.., mereka terus mencaturi demi poket sendiri, apa yang kita dapat selain bekas tapak kasut di dahi.

04 August 2015

Cari Ganti

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir Berlian disunyai hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua

Anak singa di Pulau Terberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengudur diri

Pergi mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

*** Dr. MAZA ***

15 April 2015

Hari ni la

Dihari mulia ini..,
kususun sepuloh jari.,
ku kini telah kembali..,
opsss., opss silap lagu ni., meh sini kita nyayi reramai.,

16 February 2015

Sengsara Warisan

Buat Semua Pejuang Islam Sepanjang Zaman

Derita ini bukan idaman, tetapi ia sengsara warisan
akan terus tempuh ombak yang menyasak sebak lautan yang bergelora,
penuh karenah kerakusan manusia

Namun... apakah pilihan yang ada, dalam kembara sebuah agenda?
perjuangan sering mendesak pengorbanan dan keletihan..
cita dan cinta merakuskan airmata dan jiwa lara

31 December 2014

Akhirulkalam.., 2014


Assalamualaikum., err sebnarnya aku nk tulis pasal banjir kt pantai timur, tp tu la aku tak tau nk tulis apa. Hope sahabat kita yg terlibat ngan banjir taun nih kuatkan semangat.

02 October 2014

Sembelih korban nya


Nak ckap baik² tp bnda yg jadi tak brapa nk baik, nk cakap buruk² benda da jadi pun., tepuk dada tanya selera, pikir baik dapat baik, penilaian buruk dpat pun buruk la kan.

Hmmm.., abaikan klu korang tak suka dan klu korang rasa tkder kena-mengena ngan korang terserah la. Duit korang agung purple, aku punya paling² sedap pun agung kaler merah jer.,

25 August 2014

Boneka Merdeka


Dunia semakin maju tapi bagaimana dengan kita, adakah kita bergerak bersama-sama kemajuan dunia atau jiwa kita semakin layu ditengah-tengah kerancakan arus dunia. Layu kerana mengejar duniawi, nama dan kuasa menjadi kegilaan, dengki khianat dan fitnah menjadi makanan sama sendiri.

Apa maksudnya kemajuan, dimanakah keadilan yg dilaungkan jika merdeka hanya pada zahir tapi tidak pada batinnya. Hidup ibarat boneka yg diperagakan sebagai pemuas keinginan dunia.

Mengasing diri tidak menyelesaikan kemelut. Perlakuan sederhana dengan semangat kebenaran dalam menghitung kekalutan dan kepalsuan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...

11 August 2014

Itulah namanya...


Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; kuat kamu berusaha,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; itu berkat bekerja, 
Jika kamu berumah mewah, aku kata; untuk tamu yang melimpah.

Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; duit orang kamu lanyak,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; kamu mengada-ada,
Jika kamu berumah mewah, aku kata; itu duit rasuah.

07 July 2014

Bola ke tido


Pe citer korang puasa ok kan., errr aku mcm nk KO jer., tp still selamat lg hehe. Mlm td ader game bola ker negara mane yg lawan eik., aku xtengok bola pun xminat lansung tp sajer je nk menyebuk, tido lg syok.

Korang yg kaki bola tu tau tak knp masa p'lawanan bolasepak untuk separuh masa 45 minit dn bukannya 30minit ataupun 1 jam. Sape tau tekan butang shut down laju².

03 April 2014

12 March 2014

Masalah Gadget Bloglist


Semoga semua kru dan penumpang MH370 berjaya ditemui., bila dan dimana semuanya sudah ditentukan., mari lah kita sama² berdoa agar segalanya dipermudahkn.., bukan tu jer jgn lupa untuk doa kan kesejahteraan dan kemenangan islam diseluruh dunia, juga buat mujahid² dan saudara kita di syiria, plastin, iraq dan sebagainya diseluruh dunia.., amin..,

Ok balik kpd tajuk.., blog aku skang ader maslah gadget side bar kt tepi tu., bahagian bloglist (errr bawah skali)., knp ye aku xleh nk tambah blog dlm list tu., bukan tu jer klu korng perasan title nya pun da hilang, patutnya ader tajuk bloglist kt atas tu, tp tu pun zamzam alakazam.,

14 January 2014

Selawat Nabi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد , صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Semoga Allah memberkati Muhammad, Sejahteralah ke atas Baginda 


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ , يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai Nabi sejahtera ke atasmu, Wahai Rasul sejahtera ke atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ , صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 
Wahai kekasih sejahtera ke atasmu, Selawat Allah ke atasmu 


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا , فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
Bulan purnama menyinari kita, Menghilangkan segala cahaya 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا , قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
Indah menawan tak pernah dilihat, Wajah gembira sepanjang hayat 


03 January 2014

Keluhan si fakir...


Inilah dunia, penuh dengan cerita, ada yang meluahkan rasa suka tidak kurang juga dengan kisah derita dan dukanya. Segalanya mempunyai pengisiannya yang tersendiri, bebagai karenah dan keadaan dapat dilihat diatasnya.

Malang sungguh kepada penghuninya yang bergelar manusia, kadang-kadang amat sukar untuk di mengerti perlakuan dan sifatnya, si tua berbalahkan kuasa dan pangkat, si muda pula mengacukan senjata dan sentiasa diisi dengan perasaan amarah yang memuncak.

24 December 2013

Fill in the blank...

                                                         aku cakap dah...

03 October 2013

Untitle #1




Sapa tau ape beza L kereta dan L motor., maksud aku mcmni.., erm katakan aku dah ada lesen kereta penuh., tapi aku takder lesen moto.., klu aku kna tahan dengan polis masa aku naik motor, boleh tak klu aku bagi lesen kereta jer., sama jer kan klu nk lulus lesen L moto ngan kereta kena lulus ujian komputer., so., secara basicnya aku da ada lesen L la kan.., erm korang rasa macammana eik., 

17 July 2013

Jangan Hina Islam...


Sekarang ni kecoh plak orang becakap pasal dorang ni. Buka laman sosial citer pasal dorang, tngok berita citer pasal dorang. Tah aper la yang dorang cuba nak sampaikan sampai menyentuh sensitiviti orang lain.

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi), wangi, enak dan menyelerakan."... Siap letak logo halal lagi, merepek betul dorang ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site