21 September 2015

Semasa..,

Assalamualaikum., hai korang., apa yg korang akan baca ni sekadar pandangan aku sebagai insan yg sgt syang kpd malaysia, serta tak mau anasir busuk menganggu negara ini.

Walaupun ada yang mengatakan cina banyak mendatangkan masalah kpd orang melayu khususnya kpada Islam, namun kita kena ingat bahawasanya Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio.

Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega biodiversiti di dunia yang kaya dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna.

Terdapat lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia iaitu hampir 10 peratus daripada jenis tumbuhan berbunga yang terdapat di dunia. Malaysia turut memiliki lebih 175,000 spesis haiwan iaitu lebih daripada 15 peratus daripada semua spesis yang hidup di dunia.

Terdapat lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung. Malaysia juga merupakan habitat kepada bunga terbesar di dunia (bunga Rafflesia), pokok tropika tertinggi (pokok tualang) dan penghuni pokok yang terberat di dunia (orang utan).

Ekosistem semulajadi Malaysia adalah antara yang paling mengagumkan di dunia yang terdiri daripada hutan hujan tanah rendah, hutan bakau, hinggalah ke hutan paya, hutan bukit dan gua batu kapur, hutan gunung dan juga padang rumput Alpine yang kesemuanya berada berhampiran dengan garisan -pantai, terumbu batu karang dan taman-taman lautnya dipenuhi dengan pelbagai hidupan yang berwarna-warni dengan beraneka bentuk dan saiz..

err mcm kenal jer skrip ni kan., waaakakakaka., oit korang skip jer., smpai ati korang xbaca smpai abis., susah payah aku copy dari pesbuk tau dak., klu korang terer cuba teka iklan per tu., huhu., 

Cuma satu aku nk zahirkn kt sini, aku takkan rasa pelik klu none muslim atau bangsa lain nk jatuhkan orang melayu dan islam., tp yg aku pelik bila orang melayu islam itu sendiri cuba jatuhkan melayu dan menentang islam., tu yg aku tak tercapai oleh kpla otak aku yg kosong nih.,

Ok la., sebelum aku menagrut lg banyak baik kita abis kat sini jer la yer, smpai jumpa lg., daaaa..,

15 comments:

  1. hurm...kisah pelik tapi benar ya!

    ReplyDelete
  2. tapi aku kerja ngan cina mcm ok je. adekah bos aku cina di kira aku di tindas oleh bangsa cina..? arghhh penink

    ReplyDelete
  3. rasanya.. bangsa bukan masalahnya..cma yg mnjadi masalah bila ada sifat ego...hehe..just komen sy la..

    ReplyDelete
  4. Depend pada pendapat masing-masing..
    Most of my friends Chinese tapi we all boleh berkawan as long as jangan ada unsur-unsur racist or cerita provokasi tentang politik.. Dua elemen yang patut dielakkan demi kesejahteraan..

    ReplyDelete
  5. Tapi melayu jatuhkan melayu tu yang banyak jumpa emm.

    ReplyDelete
  6. Tapi biasa jumpa melayu jatuhkan melayu T_T

    ReplyDelete
  7. terpulanlah.. semua bangsa ada yang baik ada yg jahat.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Tu la..byk sgt melayu yg x puas hati dgn melayu. Sampai berdendam dan sanggup guna sihir semata2 keuntungan peribadi. Aku pun pernah juga merasa rasanya dipergunakan oleh melayu sendiri. heh!

    ReplyDelete
  9. aku tak skip. aku baca gak sampai abes walaupun aku rasa macam aku kenal je skrip ni.

    ReplyDelete
  10. Kami mencari agen dropship seperti pelajar universiti dan suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan WERDA. Boleh lihat di sini: KOLEKSI WERDA SOFIA

    ReplyDelete
  11. ahahahaha...memang skip part haiwan dan tumbuhan kat atas tuuuu..anyway..nice entry! ^_^

    ReplyDelete
  12. visit my blog http://sex-hot-kotamobagu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Bru nk tgur skrip T_T sanggup baca hbis nak cnfirmknkn skrip tu btol ke x

    ReplyDelete
  14. maksud part fakta, terus terskip.
    hoho.

    ReplyDelete
  15. Youtube Player: "Live stream" (video-streaming) - Vidl.cc
    Youtube Player: "Live stream" (video-streaming) · Video · Videos youtube to mp3 · Videos · Videos · Videos · Videos. 4.6K views · 27.9K views.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site