04 August 2015

Cari Ganti

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir Berlian disunyai hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua

Anak singa di Pulau Terberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengudur diri

Pergi mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

*** Dr. MAZA ***

12 comments:

  1. Sentap. Pandai kamu bermadah.
    Btw, jemput ke entry post saya jugak. Jangan lupa komen *heret tangan dengan muka tak malu*

    ReplyDelete
  2. mendalam maksud nyer. dan aku sokong. hehehe...

    ReplyDelete
  3. Dalam maksudnya ni..... nak berterus terang takut dicop blog politik pulak,so eloklah luahkan dalam samar, tak gitu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site