Suami bin Lelaki
No 4E, Desa Permai,
Selangor
Selangor
Isteri binti Perempuan
No 4E, Desa Permai,
Selangor
Selangor
Puan,
PER : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Sebab utama permohonan ini adalah krn saya ingin melengkapkan kuota yg tlh di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yg telah diisi cuma 1, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dpt dipenuhi secepat mungkin. Pihak yg akan mengisi kekosongan buat masa ini ialah Cik Liza bt Rosli. Memandangkan komitmen yg beliau tunjukkan amat baik, eloklah jika kita memasukkannya ke dlm organisasi keluarga kita. Kekosongan yg selebihnya akan di isi di masa akan datang.
2. Utk makluman pihak puan, yg sebenarnya masalah ini tlh lama saya fikirkan ttp memandangkan poket saya yg selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu pemohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan utk mengemukakan pemohonan ini. Kini, setelah saya dpt mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yg telah hilang selama ini.
3. Pemohonan ini amat setimpal krn dgn kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak. Selama ini hidup kita bahagia sbb jika tidak, manakan mungkin puan dpt menjadi spert sekarang. Semua yg puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar & pakaian besar. Oleh itu, sudilah kiranya dpt kita kongsi bersama Cik Liza ini.
4. Pihak puan juga dpt menikmati faedah dr kelulusan pemohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yg tlh puan miliki sekarang dgn waktu bekerja lebih singkat & sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja & 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yg selebihnya akan ditampung oleh Cik Liza.
5. Segala kerjasama dr pihak puan saya dahulukan dgn ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dpt meluluskan pemohonan saya ini. Saya harap pemohonan saya ini di balas dgn senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan & tandatangan puan di atas kertas yg saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk.
6. Akhir kata, saya harap p’mohonan saya ini dpt dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama² dgn Cik Liza akan dpt melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
amboi2 . siap buat surat pemohonan bagai yeeeee
ReplyDeletea'ah., tu la dia.., kekeke., ;p
Deletesurat mintak kuali periuk belangan -_-
ReplyDeletehaha., silap2 lesung batu pun leh singgah atas tengkuk., hehe ;)
Deleteingatkn surat romantis td..
ReplyDeleterupenye srt rasmi mtk kahwin lg..hehe
keke.., jgn smpai dpt surt cmni dah la eik.,
DeleteHAHAHAHA! lawak2 ~
ReplyDeleteperrgh. da mcm surat rasmi nak anta kat kerajaan. hihi. agak2 ape surat rasmi yang isteri dia pos balik eh? :D ayat yg pakaian besar tu x boleh blah :P
ReplyDeletehuhu., mungkin isteri dia tulis “permohonan gagal dan tidak lengkap, sebarang jenis rayuan dan prmintaan tidak akan dilayan” keke
DeleteEleh...konon2 kawan dia suh publish padahal dialah tu....kan..kan...tau ngeri nak cakap direct ngan bini! he..he..
ReplyDeletesssyyyy jgn kecoh2 eiy., cmner leh tau kak okjer., jgn bgtau kt orang tau., hehe
Deletehaha.. ngeri klu dpt srat cam ni
ReplyDeletehaha., mintak2 la tak dpt kan.,
Deletemoga2 dpt. keh3...
ReplyDeletekekeke., nnt2 dpat la tu kot., haha
Deletespeechless...hihihi
ReplyDelete